Friday, May 25, 2007

Lambang Gayong


Lambang Gayong

Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada lambang Gayong terdapat perkara-perkara berikut:

1. Bulan bintang di puncak dunia - melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini.

2. Bejana air - ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu dalam menegakkan yang hak.

3. Naga - ia sebagai simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Dato' Meor Abdul Rahman. Naga yang melingkungi dunia yang kepalanya hampir bercantum dengan ekornya itu melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal di seluruh dunia. Lambang dua naga dicipta semasa hendak mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai mengenang jasa-jasa Meor Abdul Aziz, kekanda Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman, mengembangkan Seni Gayong di negeri-negeri di bahagian utara tanah air. PSSGWSM menggunakan lambang dua naga sebagai logo pertubuhan.

4. Keris bersilang - melambangkan Semangat Tuah dan Semangat Jebat. Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua orang laksamana yang gagah berani iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh dua orang laksamana Melaka.

5. Sundang - senjata yang melambangkan kepahlawanan.

6. Selepang Kebesaran Gayong - melambangkan Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.

No comments: