Asal-Usul Gayong

Loading...

Sunday, March 20, 2011

Belajarlah....

Tuntutlah ilmu selagi Guru Tua ada...timba dan korek segalanya..namun setiap ilmi itu ada layak dan selayaknya..fikirlah..

"Takkan Hilang Melayu Di Dunia"

Saturday, April 24, 2010

Hari-hari Terakhir..

Seminggu lagi....Pada Mu Jua..Tertuju Segala Jalan.

Monday, April 19, 2010

Latihan

PSSGWM mengadakan latihan rutin pada setiap malam selasa di Rumah Cikgu Nasir.

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Keris 2009






















Kursus Intensif Siri 1/2010

Baru-baru ini, Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Malaysia (PSSGWM) telah menganjurkan Kursus Intensif Siri 1 2010 di Sri Muara Resort,Bachok Kelantan. Peserta seramai 124 orang berkampung selama 3 hari 2 malam. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua ajk pertubuhan, jurulatih2 serta penolong jurulatih,pihak caterer dan tidak terhingga kepada penasihat-penasihat iaitu Cikgu Nasir, Cikgu Muzairi dan Abe Lan.

I-allah, PSSGWM akan meneruskan aktiviti tahunan iaitu Mandi Minyak. Tarikh dan masa akan di beritahu kemudian.

Thursday, September 18, 2008

Belajarlah..

Belajar silat tu harus, mempertahankan bangsa,agama dan negara adalah wajib..

Wednesday, September 17, 2008

Rahsia Keris

Keris adalah sejenis senjata warisan budaya orang Melayu yang berdaulat iaitu sejenis pakaian orang Melayu pada zaman silam terutamanya Raja-Raja Melayu, Pembesar Negeri, golongan bangsawan serta rakyat jelata. Keris mempunyai rahsia yang istimewa kerana keunikannya. Orang Melayu pada zaman dahulu khusunya pemerintah semestinya berkehendakan kekuatan, kehebatan dan kemuliaan supaya digeruni oleh musuh terutamanya pemerintah lain.

Menurut buku Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu yang ditulis oleh Zakaria Abdullah (2007: 9), bagi orang Melayu pada zaman itu, khususnya kaum lelaki, jika tidak berkeris di pinggang dianggap orang yang paling rendah martabatnya disisi masyarakat kecuali para ulama dan para wali kerana mereka ini mempunyai kelebihan yang ganjil dan tinggi disisi Allah s.w.t. Mereka boleh menentang musuh dengan menggunakan kekeramatan dan hikmah, namun ada juga yang tidak ketinggalan memakai senjata. Antara sebab keris menjadi lambang kemegahan dan kekuatan kepada orang Melayu adalah kerana keris diperbuat daripada besi yang terpilih dan mempunyai petua tertentu. Mengikut cerita zaman dahulu, para pendekar meneroka mencari besi di tempat yang baik seperti di bukit dan gunung bertujuan menjadikan keris keramat dan berhikmah.
Pada zaman dahulu, setiap tempahan sesebilah keris itu dimulakan dengan ulikkan ataupun menjampi besinya pada waktu malam mengikut kaedah masa dan hari bulan yang tertentu. Ulikkan itu bertujuan untuk memasukkan segala amalan supaya besi itu lebih bermaya dan berhikmah. Pada keesokkan harinya, kaedah atau petua turun tangga yakni memulakan proses pembuatan dimulakan sekiranya tiada halangan. Namun jika ada aral melintang seperti tersepak sesuatu atau sebagainya, maka tukang itu tidak akan memulakan pekerjaannya dan akan menunggu masa yang sesuai pula untuk memulakan proses pembuatan keris. Apabila tiba masa yang sesuai, maka dengan penuh keyakinan serta mempunyai semangat yang baik, tukang besi akan memulakan pekerjaan menempanya.

Bagi generasi baru, tidak salah jika mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menghargai bagaimanakah orang dahulu membuat sebilah senjata sebagai pakaiannya. Walaupun mereka tiada ilmu akademik yang tinggi, namun ilmu kaedah dan petuanya diamalkan dengan penuh yakin. Oleh sebab itulah setiap senjata pada masa dahulu mempunyai banyak hikmah dan keramat. Setelah selesai proses penempaan, tukang keris akan meneruskan dengan proses penyempuhanan besi. Ini bertujuan untuk menjamin kekuatan dan kekerasan mata keris supaya keris lebih mantap. Besi yang telah ditempa dalam dapur api akan dimasukkan ke dalam air dengan kadar yang segera. Ini bagi mempercepatkan proses percantuman molekul besi yang dicairkan dan ianya akan menjadi lebih keras dan kuat.

Pada kebiasaannya, tukang besi pada masa dahulu, mereka memakai pakaian yang khusus sebagai adat untuk menempa sesebilah keris. Umpamanya menempa keris diraja, mereka akan memakai pakaian serba kuning, jika menempa keris panglima atau hulubalang, mereka akan memakai pakaian serba hitam dan berbengkung merah, manakala untuk menempa keris bagi orang biasa, tukang besi akan memakai pakaian biasa sahaja. Tukang besi terdahulu amat menitikberatkan adat serta kaedah tertentu supaya keris yang dihasilkan bersesuaian dengan taraf orang yang menempahnya

Setiap bilah keris yang mengandungi besi campuran yang di panggil pamor atau besi sebatang kerana setiap jenis besi itu ada rahsia tersendiri seperti:

i. Besi waja yang mempunyai rahsia keras lagi tajam.
ii. Besi putih berwarna perak mempunyai rahsia kemudahan rezeki dan boleh menembusi kulit yang tebal.
iii. Besi tarung bari bulu rusa mempunyai rahsia berbisa lagi tajam.
iv. Besi kelipan miang berbintik mempunyai rahsia kedamaian dan boleh mengurangkan kepanasan api kebakaran.
v. Besi kuning keemasan mempunyai rahsia kemurahan rezeki, dihormati dan menembusi kulit yang tebal.

Setiap bilah keris jika mempunyai pamor (besi ramuan), ianya mempunyai rahsia tertentu kerana setiap bilah keris itu tuahnya ada pada pamor dari segi lahirnya.

Rahsia tukang besi terdahulu menempa keris mempunyai motif yang tertentu. Sebagai contoh, keris yang berlok bermotifkan seekor ular yang hendak mematuk mangsanya, manakala keris lurus pula bermotifkan huruf alif ataupun “sengat ikan pari” yang berbisa.