Ketinggian hasil seni pertukangan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Dahulu, dikatakan tukang keris atau dipanggil ‘pandai besi’ perlu melihat dan mentafsir beberapa perkara sebelum menghasilkan sebilah keris yang ditempah. ‘Pandai besi’ akan menyelidik tarikh lahir, hari lahir, nama ibu, dan lain-lain lagi daripada bakal pemilik keris. Mata keris akan mula dibuat pada hari selasa selama tujuh hari. Mata keris juga perlu menepati empat unsur alam iaitu angin, api, air, dan tanah. Keempat-empat unsur ini wujud secara langsung. Unsur angin akan meniup api bagi membakar besi. Air pula untuk merendam unsur api tadi agar besi lebih sebati. Tanah pula dikatakan asal besi diambil. Manakala empat logam iaitu emas, perak, gangsa, dan suasa akan dicampurkan sebagai ‘penambah bisa’. Jika dikira tinjauan dan kajian di Cerebun, seorang pemakai membuat sebilah keris dengan menggunakan besi yang dipanggil besi tujuh ‘pa’ (huruf jawi) dari tujuh pengkalan atau tujuh kuala sungai, tujuh daerah atau negeri. ‘Pa’ yang dimaksudkan ialah paku, parang, payung, puting, pahat, pedang, pemukul. (Femomena Keris II, 1999: 84)Setelah siap dihasilkan bentuknya, keris akan direndam ke dalam air belerang yang mengandungi garam dan limau nipis dalam beberapa hari (dalam kiraan ganjil). Untuk menimbulkan ayat, gam digunakan untuk menulis atas mata keris.
Terdapat juga pantang larang yang perlu dipatuhi oleh ‘pandai besi’. Antaranya ialah ‘pandai besi’ tidak boleh bercakap sembarangan atau sesedap mulut ketika proses menghasilkan keris. Wanita pula dilarang masuk ke dalam bangsal atau pondok membuat keris. ‘Pandai besi’ juga perlu berpuasa dan perlu tahu seni membuat keris ketika pekerjaan ini dilakukan. Bagi pemilik keris pula, dia perlu mematuhi pantang-larang menjaga keris. Antaranya ialah tidak boleh diletakkan merata-rata, bimbang dilangkah anak yang dipercayai boleh membawa musibah. Selain itu, keris perlu dielak daripada dilanggar atau dipijak. Hal ini disebabkan perbuatan itu diibaratkan diri si pemilik keris seolah-olah ‘dilangkah’ atau ‘disepak’ (jatuh maruah). Begitulah antara syarat dan pantang-larang si pembuat keris dan si pemiliknya. Sekalipun dilihat sebagai satu ‘adat’ atau ‘syarat’, sebenarnya status keris telah diangkat ke tahap yang tinggi bagi menghargai dan menghormati ilmu, kebijaksanaan serta seni tukangan bangsa Melayu itu sendiri. Maka lahirlah pembuat-pembuat keris yang terkenal dalam seni pertukangan Melayu seperti Tok Uban (Keris Kencana Sakti), Tok Kaya Kilat (Keris Rajawali). Manakala di Indonesia pula seperti Pendita Alam Buana (Keris Sempana Pendita Alam Buana, Keris Pendita Alam Sakti), Bromokehedali (Keris Tundung Mungsuh) dan lain-lain lagi.
Jika keris menjadi senjata pendekar Melayu, pastinya dipenuhi ‘isi permainan’ dan penuh berahsia. Dalam dunia persilatan, seseorang yang tahu berseni keris akan tahu ‘bisa keris’ di tangan. Orang-orang dahulu (para pesilat lama) menyimpan keris kerana mereka tahu berseni keris dan tidak menjualnya. Setiap keris lama ada cerita, rahsia, dan adat tersendiri yang bukannya dibuat sesuka hati. Oleh itu, permainan keris dalam silat perlu ditunjangi gerak seni yang diperkukuhkan dengan unsur-unsur keunikan, kehalusan, kekuatan, dan keberkesanan gerak permainannya. Gabungan ‘keharmonian’ minda pesilat, gerak rasa yang mendalam turut memainkan peranan yang penting agar permainan seni keris itu benar-benar ‘hidup’. Gaya memegang keris perlu difahami terutama kepada para pesilat atau seseorang yang sedang mempelajari ‘ilmu berkeris’ agar tidak tersilap langkah yang boleh menyebabkan keris memakan tuannya kembali. Cara menggenggam keris samalah seperti orang Melayu menunding jari kepada seseorang atau sesuatu arah. Ibu jari menjadi penunjuk dan diletakkan pada pedongkok. Manakala empat jari yang lain akan mengenggam hulu keris. Bagi para pesilat atau pendekar, keserasian genggaman keris dilihat pada kelurusan ibu jari yang sama dengan hujung keris. Mata keris sentiasa menghadap ke hadapan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap musuh setiap masa. Genggaman keris yang betul akan mempermudahkan keris digunakan oleh pesilat untuk menikam mangsa.
Gerak-geri seni berkeris dapat dirasai apabila gerakan menghunus, menolak, dan menikam ditunjangi kekuatan dan ‘gerak rasa’ daripada belakang tangan. Ibu jari menjadi kunci utama pergerakan ‘menggelek keris’ (setelah keris ditusuk ke dalam badan). Manakala jari petunjuk memainkan fungsi utama mengeluarkan keris daripada sasaran. Dalam ilmu persilatan, hal ini diistilahkan ‘gerak dengan petua, pegang berasa’ kerana langkah musuh pun berahsia. Begitulah kepentingan berilmu yang perlu dipelajari dan difahami oleh pengamalnya. Apabila gerak sudah ada petua, petua pula bersama seni. Semasa menikam, musuh sukar untuk mengelakkan diri walau ke kanan, ke kiri, ke luar, dan ke dalam kerana setiap pergerakan lawan bakal menerima musibah dan tindak balas di luar jangkaannya. Bak kata-kata lama orang tua, ‘hendak cuit telinga, bagaimana dicuba elak sekalipun, tetap dicuit atau tercuit’.
Dari sudut sifat orang Melayu melalui cara memegang keris, genggaman tangan dengan ibu jari ke hadapan dan empat jari yang lain digenggam ke dalam telapak tangan menunjukkan orang Melayu yang mempunyai sifat rendah diri, menghormati, dan beradab sopan. Namun, dalam kelembutan sifat orang Melayu itu tertera ketegasan, keberanian, dan kewaspadaan sepanjang masa. Hal ini dibuktikan dengan senjata keris itu menjadi simbol sifat-sifat tadi. Jelaslah, bahawa cara genggaman keris merupakan simbol kepada sifat orang Melayu yang bersopan-santun dan berlemah-lembut. Manakala keris menjadi simbol pada keberanian, kehebatan, dan kekuatan bangsa Melayu.
Cara mengeluarkan keris pendekar Melayu pula mempunyai sedikit perbezaan dengan cara gaya penjurit (pesilat) Jawa. Menurut O’ong Maryono (penulis Indonesia), selepas keris dikeluarkan senjata itu dibawa ke hadapan dan dikucup. Penjurit (pesilat) Jawa pula akan membawa mesej melalui pergerakan tadi iaitu “Ia milikku dan hakku”. Bagi pendekar semenanjung pula, keris yang telah dikeluarkan daripada sarung akan ditunjukkan ke hadapan sebagai menyatakan “Ini Keris. Keris digenggamanku”.
Seterusnya, setelah dikucup dengan mesej yang disampaikan, penjurit (pesilat) Jawa akan mendekatkan keris itu ke ulu hatinya. Perbuatan ini untuk mendapat resapan makhluk halus ke dalam tubuh ‘si pemakai’. Berbeza dengan pendekar Melayu, keris yang telah dikucup akan dibawa ke hadapan semula dengan lafaz hati “Semua ini milik Allah.” Bagi pahlawan Jawa, keris ialah senjata terakhir sekiranya senjata-senjata lain seperti lembing dan parang tiada lagi dalam genggaman. Keris bagi pahlawan Kepulauan Indonesia ini dianggap suci dan keramat. Apabila dicabut, ia dianggap harapan terakhir ‘si pemakai’ dan rohaninya akan bercantum dengan dunia mistik (makhluk halus). Pastinya cara ini bertentangan dengan budaya, fikiran, dan pegangan bangsa Melayu yang berlandaskan ajaran-ajaran Islam.
Pesilat juga harus memahami pantang larang ‘bertari keris’. Setelah keris dihunus keluar, pantang bagi seseorang pesilat mengadapkan mata keris pada diri sendiri. Hal ini ditakuti senjata tadi boleh memakan tuannya kembali. Hujung mata keris juga jangan melintasi tangan di sebelah. Kelak, musibah yang sama bakal berlaku kepada diri pesilat. Kedua-dua pantang larang ini untuk mengelakkan pesilat daripada melakukan kesilapan gerak tari dan pencak seni yang boleh memberikan mudarat. Sarung keris ditegah untuk ditinggalkan ataupun diletakkan di tempat yang lain semasa berpencak. Sarung keris haruslah disisip di pinggang atau dipegang kerana sarung juga merupakan senjata yang menjadi penahan atau penangkis serangan-serangan musuh. Jika seseorang pesilat mampu ‘mencuri’ sarung keris milik lawannya, ia telah dianggap satu ‘kemenangan’ bagi pihaknya dan bebanan kesusahan untuk lawannya.Keris turut boleh ‘bergaya’ atau ‘bermain’ seperti senjata-senjata Melayu yang lain. Bagi orang-orang lama (pesilat-pesilat tua), tunjang seseorang pendekar dapat menguasai kemahiran permainan senjata-senjata Melayu yang lain ialah setelah berjaya menguasai ilmu keris. Disebabkan itulah, seseorang pesilat dapat membayangkan dirinya memegang senjata-senjata lain seperti parang, lembing, pisau, belati, seligi dan mudah menguasai permainan senjata-senjata ini. Permainan ‘hak’ atau ‘persalinan’ bermula ‘sembah guru’ (menghormati orang di hadapan, membawa mesej agar berwaspada) mesti mempunyai kesepaduan ibarat tali yang utuh iaitu tapak (tapak sedia, tapak Melayu, tapak panglima), jula beli (buka ruang, umpan sasaran), pencak (gerakan tangkisan, pukulan), seni (kuncian, membinasa, hukuman), langkah kaki, dan gerak mata perlu bersatu. Kaedah gerak perlu dirasa dan dihayati sedalamnya agar rentak dan tari keris ‘bernyawa’. ‘Nyawa’ keris terletak pada kesepaduan tadi yang menjadikan seni sebagai ‘roh’ atau ‘batinnya’. Namun, seni permainan keris bukan mudah untuk dihuraikan. Perkara itu bertumpu kepada ‘rasa’ si pemakai dan’pakaian silatnya’. .” Kaedah-kaedah biasa dalam ‘bertari keris’ ialah cara kedudukan berdiri.
Jika seseorang pesilat tidak berpusat dengan betul pada tapak sedianya, boleh membuatkan pemegang keris jatuh tergolek apabila melangkah sedikit laju. Pergerakan ‘ambil angin’ ialah langkah awal seseorang pesilat menggerakkan pencak permainannya. Keris yang ada dalam genggaman akan bergerak atau ‘dihidupkan’ untuk menanti musuh. Setelah sasaran diketahui dan didapati, serangan secara menghunus atau menikam menjadi penggerak ‘niat’ pemegang keris itu. Hirisan dan putaran keris melengkapkan ‘niat’ tadi. Lok keris membantu mengoyakkan kulit. Bilah pula merobek isi badan. Mata keris dapat membuatkan mangsa putus urat hingga terhiris tulang. Manakala menarik keris keluar membawa mesej ‘kepuasan’ si pemegangnya dengan isi daging musuh turut dibawa keluar. Begitulah ‘bisa keris’. Makan apabila lapar. Berhenti setelah kenyang. Gerakan-gerakan ini bukan sahaja dapat dirasai dan dihayati oleh pengamalnya, malahan dalam kisah Wali Songo yang ditulis oleh Kiai Sidek Maulashah Marikan (Mahaguru Silat Cindai Putih) mengenai As-Syeh Sunan Kudus (Majalah Seni Bela Diri 2001: 37) turut menggambarkan situasi berikut berdasarkan ayat ….”Maka ditusukkan siku Ki Ageng dengan hujung keris tersebut. Ki Ageng langsung mati…”. Jika diamati dengan lebih teliti gerakan serangan dan tikaman keris umpama pergerakan-pergerakan unsur alam. Hirisan dan putaran mata keris diibaratkan kocakan dan pusaran air. Hentakan hulu keris atau sarungnya umpama pergerakan pohon yang tumbang. Tikaman keris (hukuman) seolah-olah gerakan halilintar di langit. Malahan, badan-badan keris juga diibaratkan anggota-anggota badan manusia. Mata keris yang berfungsi untuk menikam, menghiris, merobek, merodok, mencucuk, melibas, dan menusuk sama fungsinya dengan tangan yang boleh mencengkam, merobek, menetak, menusuk, melibas. Hulu keris pula berfungsi menghentak, menuku, mengaut, mengait. Peranan hulu keris pula seperti siku yang mampu menghentak, menuku, menyigung, dan mengepit. Manakala sarung keris yang berperanan mengalih, menekan, menghentak, menolak, dan menangkis sama seperti peranan lengan manusia untuk mengalih, menekan, menangkis dan menolak.
Setiap gerak keris ‘bertutur’, keris pula ‘bercerita’. Apabila langkah dipasang, gerak ‘bertutur kata’ ; “Hak ini hak Allah, gerakku, kudratku dari kuasa-Nya.” Cara gaya pendekar berkeris ada madahnya; “Musuh menanti bakal disambut, datang berpusu bakal ditusuk. Namun yang menikam bukan tanganku, tapi gerak takdir sebagai penentu.” Segala pergerakan permainan keris yang disamakan dengan unsur-unsur alam serta ‘cerita dan madah’ berkeris memperlihatkan kreativiti, daya imaginasi, manifestasi serta kejiwaan bangsa Melayu yang begitu tinggi. Hal ini jua membuktikan bangsa Melayu dapat berinteraksi dan mengharmonikan unsur-unsur alam di sekelilingnya dengan cara perlakuan yang penuh berdisiplin hasil ketajaman minda, kefahaman dan pengolahan yang baik .Jika disingkap lipatan tawarikh silam dalam kerajaan Melayu khususnya di negara kita, keris telah diletakkan pada kedudukan yang istimewa.
Dalam lingkungan istana, keris dijadikan tanda kebesaran, tanda pangkat, dan alat kelengkapan pakaian seragam terutama dalam majlis upacara rasmi. Antaranya Keris Panjang Di Raja (keris kerajaan) sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan yang dipakai oleh ketua pemerintah negara. Tanpa keris, pakaian itu tidak dianggap lengkap. Begitu juga dengan pembesar-pembesar, pegawai-pegawai kerajaan, rakyat mesti memakai keris apabila menghadiri upacara tertentu di istana. Kebenaran ini dibuktikan oleh Dr. Hamka dalam buku Sejarah Melayu: Sejarah Umat Islam melalui ayat “Jika masuk ke dalam istana tiada berkain pancung dan tiada berkeris di sebelah muka, tidaklah boleh masuk ke dalam walaupun sesiapa.” Namun, cara dan peraturan memakai keris kini tidak lagi dititkberatkan. Berbanding masa dahulu, masyarakat mengetahui jenis keris dan aturan memakainya. Bersesuaian dengan penghargaan dan kekeramatan yang ada, keris turut dijadikan sebagai senjata diraja untuk upacara pertabalan raja contohnya Keris Pestaka yang wajib dipakai oleh Sultan Perak semasa majlis upacara pertabalan baginda.
Berpandukan kepada sejarah Kerajaan Melayu Melaka pula, keris menjadi salah satu lambang penyerahan tugas diraja oleh sultan ketika pelantikan seseorang panglima atau laksamana untuk melaksanakan kewajipan yang diamanahkan. Sesetengah pemilik keris sanggup menyimpan senjata ini yang menjadi warisan keturunan sebagai artifak yang cukup berharga dan mesti dihormati. Selalunya penjagaan dan pewarisan keris berhubung kait dengan sejarah keturunan yang boleh dibanggakan. Bagi golongan pesilat atau pengamal seni permainan senjata ini, keris yang diwarisi turun-temurun dijadikan pusaka yang berharga. Cerita yang ada pada keris dapat menemukan sejarah dan salasilah keturunan mereka. Keyakinan terhadap fungsi dan jasa yang besar dalam sejarah sesuatu perjuangan oleh keturunan dan jasa keris itu sendiri kepada pemilik sebelumnya menjadi landasan khusus seseorang pewaris tidak begitu mudah untuk menjual atau memberikan kepada orang lain yang tiada perkaitan darah atau sejarah keturunan.
Selain itu, keris tersebut boleh menjadi peniup semangat, pendorong terhadap keutuhan dan kegemilangan keluarga serta keturunannya. Kesimpulannya, keris merupakan simbol pusat budaya dan pemahaman terhadap sejarah sesuatu bangsa. Reka bentuk keris menjadi cerminan bangsa Melayu yang menggambarkan kreativiti, manifestasi yang tinggi, seni ukir dan tukangan yang begitu halus hasil ketajaman fikiran penukangnya. Hasilan ini diindahkan dengan seni penggunaan dan seni permainan dalam silat Melayu yang diharmonikan dengan pergerakan-pergerakan yang penuh ‘berisi’ dan ‘berahsia’ hasil pengungkapan dan pengolahan minda yang begitu mendalam. Keris turut menjadi lambang, darjat dan kudrat kekuasaan bangsa Melayu yang mencerminkan ketinggian budaya dan ketamadunannya.
Tuesday, October 30, 2007
Monday, October 29, 2007
Kenangan
Sewaktu ketika dahulu, byk rancangan2 berkaitan ilmu mempertahankan diri di siarkan di stesen2 tv..namun kini telah luput di telan zaman..ilmu mempertahankan diri yang cukup popular antaranya ialah silat..drama2 seperti 'Keris Hitam Bersepuh Emas', 'Semutar Hitam', dan dokumentari seperti 'Mahaguru' telah lama tidak di siarkan..Saya amat berharap rancangan2 seperti ini di siarkan kembali agar menjadi contoh dan pembakar semangat untuk anak2 muda belajar selok belok ilmu mempertahankan diri seperti silat demi maruah dan keselamatan diri.
" Sediakan Payung Sebelum Hujan"
" Sediakan Payung Sebelum Hujan"
Sunday, October 28, 2007
Melayu Kini.
Semakin hari, semakin banyak kejadian2 yang ngeri berlaku.
Jenayah di sana sini..manusia makin ramai yang jahat..
Aku kadang kala sedih dan kesian melihat kejadian2 seperti ini melanda bangsa ku..Melayu.
Anak2 muda melayu berfoya2 dan berhibur tidak kira masa, tempat dan tidak ada sedikit pun perasaan malu.
Usahkan hendak menuntut ugama, nk bawa diri pun masih merangkak dan tersungkur.
Begitu jua dengan pilihanraya kampus baru2 ini..aku sedih melihat anak2 melayu yang saling bertekak menuding jari sesama sendiri, sesama melayu..orang lain hanya bertepuk tangan dan menunggu masa tiba untuk jadikan melayu pengemis di bumi sendiri..
Pukul-memukul, belasah-membelasah, tenking-menenking, caci-mencaci, memaki hamun, adakah ini budaya melayu kita yang pernah di katakan berjiwa besar????
Melayu Mudah Lupa, seakan2 benar apa yang di katakan oleh Tun Dr Mahathir..
Melayu sudah lupa siapa melayu itu..
Melayu sudah lupa adat melayu.
Melayu sudah lupa budaya melayu.
Melayu sudah lupa yang ianya pernah menjadi bangsa yang bermaruah.
Melayu sudah lupa yang ianya pernah di sanjung serantau dunia.
Melayu sudah lupa warisan dan peninggalan nenek moyang nya.
Melayu sudah lupa yang ianya adalah melayu.
Adat, budaya, budi pekerti, ilmu ugama, seni adalah sudah lapuk bagi melayu kini.
Segalanya sudah moden, buat apa perlu itu semua, yang hanya sezaman dengan zaman dahulu kala.
Tp walau apapun mereka sangka, mereka kata, mereka anggap, aku tetap berpegang kepada kata2 seorang yang amat di geruni dahulukala..
Dato' Laksamana Hang Tuah " Takkan Melayu Hilang Di Dunia"..

Monday, August 27, 2007
Sunday, August 26, 2007
Friday, August 24, 2007
Friday, May 25, 2007
The Development of Silat Seni Gayong
THE DEVELOPMENT OF SILAT SENI GAYONG
Silat Seni Gayong was formulated and founded by Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. He was of bugis decent born in 1915 and was the great-grandson of Daeng Kuning, commonly known as Panglima Hitam.
Meor Abdul Rahman began learning the knowledge of silat at the age of twelve from his grandfather Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal is one of the warriors who fought against the British colonialism of the 19th century, in Pahang. Syed Zainal inherited his silat knowledge from Daeng Ambok Solok, a bugis warrior residing in Jambi Sumatra at that time.
For three years, Meor Abdul Rahman trained and learned with other students of Syed Zanial.
At 19, Meor Abdul Rahman successfully achieved the understanding and the 'selok-belok' (the ins and outs), the art of seni gayong. However, his grandfather did not perform the "ritual of authorisation" of silat gayong on him, as he had foreseen in a prophecy that Meor Abdul Rahman will have this ritual performed on him by a greater (unseen) warrior.
In 1936, the "ritual of authorisation" was performed on Mahaguru Meor Abdul Rahman by none other than the legendary Hang Tuah. Needless to say, this was an incident on the meta-physical (spiritual) level. Some stories report that the whole ceremony took place in a kind of "dream". This incident occurred on a large black rock by the river at Hutan Menam (now Southern Thailand). All the secrets and knowledge of Silat were transmitted to him and he was given the trust to teach and spread Silat Seni Gayong to the best of his ability.
Meor Abdul Rahman was given the title Panglima Sendo (invincible warrior), by his Royal Highness Sultan Alang Iskandar, after demonstrating his skills and ability to the royal court and dignitaries. The Sultan was so impressed and pleased by Meor Abdul Rahman that he took him as his adopted son. Meor Abdul Rahman stayed at the palace until the Sultan's death in 1938
In 1938, Meor Abdul Rahman moved to Singapore looking for work. There he found work at the British Royal Signal Corp Barrack, Killman, Woodland. From there he later became the un-armed combat instructor to the British soldiers. When the Japanese army attacked Singapore in 1942, Meor Abdul Rahman escaped with his family to Pulau Sudong (island south of Singapore).
He underwent much hardship and trials before finally being allowed to reside there. Being a "lawless" island, Silat Seni Gayong was much needed for the protection of one self and the community; therefore the art was re-introduced to the community.When Meor Abdul Rahman successfully saved the population of Pulau Sudong from the "Japanese threat", Silat Gayong was 'accepted' by the population, and taught throughout the island. Meor Abdul Rahman and his family then returned to Taiping, Perak.
In 1943 Meor Abdul Rahman was captured and imprisoned by the occupying Japanese Army. He was charged with treason against the Imperial Army and was sentenced to death by hanging. (This followed an incident in which Mahaguru 'fought off' a Japanese officer who had made rude advances towards his wife.) On the day of the execution Meor Abdul Rahman, bravely and against the odds, 'overpowered' his armed captors. For fear of further losses, the Japanese authorities released him. Soon after however, the Japanese managed to 'force' him to become one of their own soldiers.
When the Japanese surrendered in 1945, Meor Abdul Rahman and his family migrated yet again to Pulau Sudong. He was offered to become the 'Headman' of the island. During these years, Silat Seni Gayong spread to the neighbouring islands including those in Indonesian territories.
The year 1947 saw the appointment of Meor Abdul Rahman as an investigator with the Crime Investigation Department in Singapore. In this year too, he was awarded the 'King George VI' medal, an honour from the British Government, for his service in fighting the Japanese occupation of Singapore. In 1948 he actively spread Silat gayong throughout Singapore and on to the Malay Peninsula. After retiring from the police force, Meor Abdul Rahman established the first Silat Gayong Training School, at Lorong Fatimah, Woodland, Singapore. It was here that the early teachers or gurulatih of Gayong underwent their training.
In 1959, Meor Abdul Rahman met Dato' Onn bin Ja'afar, the founder of UMNO (United Malay National Organization), who offered himself to be a disciple of Silat Gayong. Dato' Onn suggested that Silat Gayong should be registered legally as an organization. Efforts began to register Silat Gayong and finally in 1963, this silat was officially registered as 'Pertubohan Silat Seni Gayong Malaya' with the registration number, 361.
PSSGM is the first silat ever to be registered in Malaya.After its registration, Silat Gayong continued to develop even more. From Singapore, Gayong spread to Johor. Meanwhile, in the north of the peninsula, Gayong spread on the effort of Meor Abdul Aziz, the elder brother of Meor Abdul Rahman and other 'gurulatih' sent from Singapore. Tengku Laksamana Kedah, on the royal command of Sultan Badlishah of Kedah had invited Silat Seni Gayong for a Command Performance in 1957.
The Silat Seni Gayong Training School was moved from Singapore to Kota Sarang Semut, Kedah, when the Mahaguru moved there in 1964.
In 1970, Silat Seni Gayong was invited by the Malaysian Government to be part of the National Entourage for The '70 Expo in Osaka, Japan. The Mahaguru and En. Razali Salleh (The Secretary General PSSGM then) accompanied two Gayong exponents, Che'gu Mustapha Kamal and Che'gu Mohd. Norsaii ,for the performances at the Expo, for two weeks. The Silat Demonstration was received with much encouraging enthusiasm and even 'surprised The Emperor Of Japan.The Silat demonstration was also widely publicised by the media networks in Japan.
Yet again, in 1971, The Silat Seni Gayong Training School moved to Air Kuning, Taiping Perak, when the Mahaguru moved there. Mahaguru Meor Abdul Rahman was then awarded the highest honour, The Dato' Paduka Cura Simanja Kini, by Sultan Idris Shah, the sultan of Perak. In this year as well, Silat Seni Gayong was introduced to the Malaysian Armed Forces. 87 personnel from the rank and file of the military underwent an intensive Silat Gayong training for six months at a military camp in Taiping. Upon completion, they were given authorization as teachers or Gurulatih of Silat Gayong and this Silat was taken to all the military camps in the country.
Silat Seni Gayong was then introduced to The Royal Malaysian Police in 1973. A similar intensive training course was held for 48 police personnel from the lower ranks. Similarly, upon graduating, they were ordered to spread Silat Seni Gayong to all the Police training schools in Malaysia.
Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman passed away and returned to Divine Presence on the 23rd of June 1991. According to the Will of The Mahaguru, after him, no one of his successors shall be titled 'Mahaguru'. Silat Seni Gayong would from then on be administered by a Board of Trustees, comprising of members who are trustworthy and strong on the 'cause' of Silat Seni Gayong. Before blowing his last breath, Dato' Mahaguru then appointed his daughter Che'gu Siti Kalsom as Trustee I, and Che'gu Mohd. Razali Salleh as Trustee II of Silat Seni Gayong Malaysia

Pantun Seruan Muda Mudi
PANTUN SERUAN KEPADA MUDA-MUDI
Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,T
empat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah
Kalau kata sudah dikota,
PANTANG MELAYU MENYERAH KALAH.
Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,T
empat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah
Kalau kata sudah dikota,
PANTANG MELAYU MENYERAH KALAH.
Pantun Berguru
PANTUN RAHSIA PERGURUAN GAYONG
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.
Sajak Gayong
SAJAK SENI SILAT GAYONG
Dengan Bismillah mula dikata
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.
Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.
Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.

Amanat Mahaguru
AMANAT MAHAGURU
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,J
angan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kembali berpadu teguh.

Sejarah Mahaguru
Sejarah Mahaguru
Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim ialah pencipta dan pengasas Silat Seni Gayong. Darah yang mengalir di dalam batang tubuh Dato' Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi dari Daing Kuning, seorang pendekar terbilang.Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik berasal dari Makasar yang mendarat di Tanah Melayu bagi mencari tapak penghidupan baru.
Hasil perkongsian hidup Daing Kuning dengan seorang puteri Raja Patani, beliau telah dikurniakan seorang putera dan kemudiannya dikenali dengan nama Penghulu Che' Ngah Tambah.Daing Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak. Penghulu Che' Ngah Tambah pula telah mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Uda Mohd. Hashim.
Uda Mohd.Hashim kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-Attas dan dikurniakan dua orang anak lelaki, salah seorang daripadanya dinamakan Meor Abdul Rahman.Meor Abdul Rahman dilahirkan di Taiping, Perak pada 17 Ogos 1915 dan mula mempelajari persilatan ketika berusia 12 tahun, daripada datuk sebelah ibunya, iaitu Tuan Syed Zainal Al-Attas. Syed Zainal adalah seorang penghulu di Pekan, Pahang, dan ikut sama berjuang menentang campur tangan Inggeris di Pahang bersama-sama dengan Dato' Bahaman, Mat Kilau serta pembesar-pembesar Pahang yang lain.
Pada tahun 1936, Allahyarham telah digelar "Rahman Sendo" oleh almarhum Sultan Alang Iskandar, setelah menunjukkan keistimewaan dan kependekarannya di istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar,Perak. Dengan kehendak almarhum Sultan, Allahyarham telah diambil sebagai anak angkat oleh baginda sehinggalahbaginda mangkat pada tahun 1938.
Pada tahun 1938, Allahyarham telah berhijrah ke Singapura dan bekerja di Royal Signal Corp, Gillman Barrack. Di sini Allahyarham turut mengajar seni tempur tangan kosong kepada tentera British.
Apabila tentera Jepun menyerang Singapura pada tahun 1941, Allahyarham bersama-sama dengan keluarganya telah menyelamatkan diri ke Pulau Sudong, sebuah pulau di selatan Singapura. Setelah melalui pelbagai dugaan, barulah beliau dan keluarganya dibenarkan menumpang di pulau tersebut.Di Pulau Sudong inilah Silat Seni Gayong mula dikembangkan, iaitu pada 17 Februari,1942.
Di Pulau Sudong ini beliau telah menunjukkan kebolehannya memperdaya tentera Jepun dan seterusnya menyelamatkan penduduk Pulau Sudong daripada kekejaman tentera Jepun. Silat Seni Gayong kemudiannya diajar kepada semua penduduk Pulau Sudong.Tidak lama kemudian, beliau bersama-sama keluarganya telah pulang ke Taiping, Perak.
Pada tahun 1943, beliau telah ditangkap oleh tentera Jepun kerana menentang tentera Jepun yang cuba mengganggu isterinya. Beliau telah dipenjarakan di penjara Taiping dan setelah dibicarakan, beliau telah dijatuhi hukuman gantung. Sewaktu dibawa ke tempat penggantungan, beliau telah menunjukkan kependekarannya dengan menumpaskan tentera-tentera Jepun yang mengawalnya. Akibat daripada peristiwa ini, beliau telah dibebaskan. Tidak lama kemudian beliau telah dipaksa menyertai pasukan tentera Jepun.
Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, beliau sekali lagi telah berhijrah ke Pulau Sudong dan telah ditawarkan menjawat jawatan penghulu di situ. Setelah beliau menetap di Pulau Sudong, Silat Seni Gayong telah tersebar ke pulau-pulau sekitar termasuklah pulau-pulau di dalam wilayah Indonesia.
Pada tahun 1947, beliau telah berpindah ke pulau besar Singapura kerana ditawarkan bekerja sebagai mata-mata gelap di Jabatan Siasatan Jenayah, Singapura. Pada tahun tersebut juga beliau telah dianugerahkan pingat King George VI oleh kerajaan British kerana jasa-jasanya menentang pendudukan Jepun di Singapura. Bermula dari tahun 1948, beliau telah gigih mengembangkan Silat Seni Gayong di Singapura, dan seterusnya ke Tanah Melayu.
Setelah bersara dari pasukan polis, beliau telah menubuhkan Sekolah Pusat Latihan Silat Seni Gayong di Woodlands,Singapura pada tahun 1960. Di pusat latihan inilah, gurulatih-gurulatih awal Gayong dari Semenanjung Tanah Melayu mendapatkan pelajaran silat mereka.
Pada tahun 1959, Allahyarham Dato'Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Dato' Onn Jaafar, pengasas UMNO dan penentang Malayan Union. Dato' Onn telah mengusulkan Silat Seni Gayong didaftarkan supaya menjadi suatu pertubuhan yang sah di sisi undang-undang. Akhirnya, dengan jasa-jasa Dato' Onn, Silat Seni Gayong telah diluluskan pendaftarannya pada 22 Oktober 1963 dengan nombor pendaftaran 361(Johor Bahru). Ia adalah pertubuhan silat yang pertama didaftarkan di Malaysia.
Dato' Onn telah dilantik sebagai penasihat dan setiausaha agung yang pertama.Pendita Za'ba pula telah diminta melukis lambang Gayong dan mereka bentuk sijil Gayong. Kegigihan dan pengorbanan Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dalam usaha mengembangkan Silat Seni Gayong telah dirakamkan dengan pengurniaan pingat Dato' Paduka Cura Simanja Kini (DPCM) oleh Sultan Idris Shah, Sultan Perak pada tahun 1971.
Dato' Meor Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 23 Jun 1991 dalam usia 76 tahun dan telah dikebumikan di perkuburan Masjid Lama, Taiping, Perak. Al-Fatihah ..

Tempat Sejarah Gayong
Tempat Sejarah Gayong
Terdapat empat tempat sejarah Gayong seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Dato' Mahaguru, iaitu:
1. Padang Antah Berantah di Beruas, Perak(tempat terdirinya kerajaan Gangga Negara)
2. Padang Sanai di Kedah(kawasan Mahaguru dikhatamkan)
3. Pulau Sudong di Singapura(tempat bermulanya Gayong diperkenalkan semula)
4. Sedili di Johor(tempat "pengakhiran Gayong")

Lambang Gayong
Lambang Gayong
Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada lambang Gayong terdapat perkara-perkara berikut:
1. Bulan bintang di puncak dunia - melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini.
2. Bejana air - ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu dalam menegakkan yang hak.
3. Naga - ia sebagai simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Dato' Meor Abdul Rahman. Naga yang melingkungi dunia yang kepalanya hampir bercantum dengan ekornya itu melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal di seluruh dunia. Lambang dua naga dicipta semasa hendak mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai mengenang jasa-jasa Meor Abdul Aziz, kekanda Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman, mengembangkan Seni Gayong di negeri-negeri di bahagian utara tanah air. PSSGWSM menggunakan lambang dua naga sebagai logo pertubuhan.
4. Keris bersilang - melambangkan Semangat Tuah dan Semangat Jebat. Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua orang laksamana yang gagah berani iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh dua orang laksamana Melaka.
5. Sundang - senjata yang melambangkan kepahlawanan.
6. Selepang Kebesaran Gayong - melambangkan Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.
Warna-Warna Gayong
Warna-Warna GAYONG:
Hitam
Bayang-bayang/Rahsia - Merupakan sosiostatus manusia yang tidak membezakan ahli-ahli silat dari segi warna kulit dan darjat.
Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya (...rahsia tersimpan di purbakala,ilham menyusun zahir semula.)
Kuning
Beraja/berdaulat - Silat Seni Gayong adalah seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu.
Merah
Berani/Kepahlawanan - Setiap ahli dipupuk semangat berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Ahli Gayong juga bersemangatkan darah kepahlawanan.
Petua Langkah Gayong/Langkah Laksamana/Langkah Hang Tuah

G.A.Y.O.N.G
Maksud perkataan GAYONG dalam ejaan jawi:
Ga - Genggam
Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.
Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiri
Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.
Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.

Mengenal Gayong
Mengenal Gayong
Perkataan SILAT itu pada umumnya bolehlah difahamkan sebagai suatu teknik pembawaan bunga-bunga tarian pelajaran GAYONG, dan pelajaran GAYONG itu pula dimaksudkan kepada buahnya yang sebenar, yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan yang luar biasa dan kepintaran yang mengelirukan, yang terkandung di dalam kandungan gerak semula jadi, iaitu pergerakan pantas secara automatik.
GAYONG yang mengandungi pelajaran sepak-menyepak, tumbuk-menumbuk, tikam-menikam, tangkap-menangkap, hempas-menghempas, buang-membuang, sekat-menyekat, elak-mengelak, hadang-menghadang, tangkis-menangkis dan seumpamanya lagi itu adalah menjadi pakaian keperwiraan kepada setiap lelaki dan wanita. Pelajaran ini amatlah berguna dalam masa kecemasan bagi mempertahankan diri sebagai perisai untuk mengelakkan serangan musuh atau lawan.
Dalam suatu pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan, kepantasan, kecekapan, keazaman, dan kepintaran masing-masing untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata, maka di dalam pertarungan yang seumpama itu biasanya dinamakan GAYONG. Tetapi pelajaran SILAT yang dimaksudkan kepada bunga-bunga tarian bagi pelajaran GAYONG itu adalah lebih merupakan pertunjukan atau persembahan yang tertentu, umpamanya untuk menyerikan sesuatu majlis keramaian, atau kerana sesuatu upacara istiadat di dalam kebudayaan Melayu.
Maka di dalam pertunjukan yang seumpama itu, tidaklah persembahan itu lebih merupakan suatu pertarungan yang sungguh-sungguh berlaku di situ, malah hanya persembahan itu lebih merupakan sebagai satu daripada ciri perlawanan yang dipersembahkan secara imbasan pertarungan yang dipenuhi dengan keindahan dan kesenian bunga-bunga tarian dalam pelajaran GAYONG yang disampaikan dengan penuh ketenangan jiwa, sabar, bertatatertib, tidak melanggar kesopanan dan kesusilaan dan tertakluk pula kepada taraf majlis di mana persembahan itu diadakan.
Persembahan seumpama itu dinamakan BERSILAT.

Sumbangsih
Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia atau akronimnya P.S.S.G.W.S.M. didaftarkan secara rasmi pada bulan Ogos 1994 dibawah pendaftaran 1244/94 Kedah. Pertubuhan yang beribu-pejabat di Alor Setar, Kedah Darul Aman dan mempunyai pusat latihan utama di Gelanggang Dato' Meor Rahman, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh, Perak Darul Ridzuan merupakan salah sebuah pertubuhan utama yang mempraktik dan mengembangkan Silat Seni Gayong yang diasas serta dikembangkan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mat Hashim. Pendukung-pendukung utama P.S.S.G.W.S.M. yang bergerak aktif di bahagian utara Semenanjung adalah diantara orang-orang kepercayaan serta murid-murid terkenal Allahyarham Mahaguru.
Subscribe to:
Posts (Atom)